Wednesday, 11 April 2012

Cara Merawat Laptop/Notebook



Produk notebook atau laptop dewasa ini semakin merajai seluruh dunia. Sayangnya, masih banyak orang yang sering melakukan kesalahan dalam merawat laptopnya, sehingga laptop sering cepat rosak. Untuk itu, penulis membeberkan bagaimana cara jitu merawat laptop atau notebook dengan baik dan benar. Sehingga berguna bagi Anda pemilik produk ini. 
Berikut tips-tips jitu perawatan laptop / notebook tersebut:
1. Hindari meletakkan notebook pada permukaan yang lunak atau lembut. 
Seperti sofa, tempat tidur dan karfet. Sebab, pemakaian seperti itu akan menghambat aliran udara dibagian bawah notebook dan dapat menimbulkan overheating.
2. Jika mendownload software gratis dari internet, jangan sembarangan. 
Terlebih lagi misalnya software yang seolah-olah sebagai suatu antivirus. Gunakan software-software yang telah Anda dapatkan dari paket laptop yang Anda beli. Namun, bila Anda tetap ingin menggunakan software hasil download, maka pastikan sudah Anda scan software tersebut dengan antivirus yang Anda miliki.

3. Hindari meletakkan laptop di lantai. 
Sebab, ini dapat berisiko laptop terpijak kaki orang, anak Anda, atau binatang peliharaan. Laptop jika diletakkan di lantai, juga akan cepat kotor oleh debu.
4. Tancapkan ke stabilizer listrik laptop Anda. 
Jika Anda sedang bekerja di laptop dengan menggunakan listrik (tanpa bateri), maka sebaiknya gunakan stabilizer yang boleh mencegah terjadinya tegangan listrik yang tidak stabil ke laptop Anda.
5. Jangan letakkan benda apapun di antara keyboard dan layar laptop. 
Hal ini sangat berbahaya, kerana risiko skrin tergores. Tentunya Anda tidak ingin mengganti skrin laptop gara-gara tergores bukan?
6. Ketika membawa laptop di dalam beg, Anda harus berhati-hati. 
Beg yang digunakan untuk membawa laptop pun jangan sembarang beg. Gunakan beg yang memang digunakan untuk laptop sehingga benda-benda lainnya tidak akan menggores bahagian-bahagian tertentu pada laptop.
7. Jangan pernah minum atau makan atau meletakkan minuman yang mengandungi cairan di sekitar laptop. 
Ini sangatlah berbahaya, karena laptop sangat peka terhadap cairan yang mengena pada laptop, kemungkinan saja cairan yang masuk ke dalam keyboard.
8. Jangan pernah berusaha untuk membongkar laptop Anda sendiri. 
Ini merupakan tindakan yang sangat tidak bijaksana. Laptop bukanlah seperti radio atau tape recorder biasa. Banyak bahagian-bahagian yang sangat kecil yang dari fabriknya saja sudah dirakit dengan menggunakan presisi robot. Jika Anda ceroboh, maka laptop Anda boleh rosak parah. Bawalah secepat yang mungkin laptop yang rosak ke dealer atau service center dari laptop Anda.
9. Jangan meletakkan notebook di tempat yang sangat panas. 
Seperti terik matahari ataupun di dalam kereta yang diparkir cukup lama di tempat terbuka pada siang hari.
10. Hindari notebook Anda dari air jenis apa pun. 
Meskipun nanti juga akan mengering, cepat atau lambat sirkuit di dalam laptop atau baterai secara perlahan akan berkarat.

Friday, 6 April 2012

Mari mengenali apa itu Android


Dewasa kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli dan memiliki telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Mungkin sesetengah anda di luar sana yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu Android?
Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Samsung Galaxy Y, Sony Ericsson Xperia Play, Samsung Galaxy S2, Sony Ericsson Xperia X8, HTC Desire S, dan sebagainya.

TEKNOLOGI 3G


“No one knows what he can do until he tries.”
                                      -Pubilius Syrus




Apa Yang dimaksudkan dengan 3G ?


3G ialah singkatan untuk Third-Generation atau Generasi Ketiga teknologi telefon bimbit. Teknologi 3G secara ringkasnya adalah satu sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara video dari telefon bimbit ke komputer riba. Selain itu pengguna juga boleh memuat turun lagu dan video dengan kadar sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding teknologi kini. 

3G juga adalah teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar berbanding teknologi sedia ada. Teknologi yang semakin popular ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, sidang video langsung, pelayaran laman web, emel, pesanan segera (instant messaging), sebagai mesin faksimili dan petunjuk peta. Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka. Jepun adalah negara pertama yang memperkenalkan sistem 3G, kerana selera meluas rakyatnya terhadap telefon digital berteknologi tinggi.




3G PENANTIAN TEKNOLOGI
Dengan kemudahan 3G ini pemindahan data boleh dilakukan dengan lebih cepat berbanding dengan kemudahan telekomunikasi 2G, 2.5G. Kelajuan pemindahan data 2G adalah 9.6 kbps. 2.5G 46kbps, 2.5G EDGE 115kbps dan 3G adalah 384kbps.

Huruf G dibelakang nombor 2 dan 3 merujuk kepada generasi. Walaupun 3G baru dilancarkan, sistem 4G telahpun dibangunkan. Jika kita rasa kemudahan itu boleh memudahkan kita, menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti, menjimatkan wang dan dapat memberi keuntungan dari segi apa sahaja, kita patut dan perlulah menggunakannya.
3g
Kemudahan 3G ini pemindahan data boleh dilakukan dengan lebih cepat

Kita kini membincangkan mengenai penantian didalam bidang teknologi, berapa lama kita perlu menanti untuk menggunakan teknologi tersebut. Patutkah kita menjadi pengejar teknologi, atau patutkah kita menjadi penonton sahaja, atau kita menjadi mereka yang termangu-mangu apa yang telah terjadi.
Setiap teknologi baru yang diwujudkan sebenarnya dapat memberi peluang untuk kita gunakan sebagai nilai tambah kepada perniagaan atau kehidupan kita. Ini penting kerana teknologi adalah sebagai alat, kitalah yang perlu memikirkan bagaimana hendak menggunakannya mengikut kesesuaian perniagaan dan kehidupan kita. Syarikat telekomunikasi tidak boleh menyatakan bagaimana 3G boleh meningkatkan keuntungan kita, tetapi apabila kita melihat kegunaannya, kita patut fikirkan bagaimanakah teknologi ini boleh digunakan.
Jadi ini adalah untuk menjawab soalan apakah 3G ini perlu untuk kita perolehi. Seperti juga SMS dan MMS ianya tidak diwujudkan untuk membantu mengeratkan silatiur rahim diantara radio dengan pendengar, dan pendengar dengan pendengar. Tetapi apabila kita nampak peluang kita perlulah gunakannya dengan sebaik mungkin.

Wednesday, 4 April 2012

Pengenalan Kepada Sistem dan Rangkaian Komputer

PENGENALAN
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
 

    • Berkongsi Fail

    • Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
    • Menimdahkan Fail

    • Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
    • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos

    • Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
    • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

    • Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
    • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll

    • Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
    • Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)

    • Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
Sistem Rangkaian Komputer
      Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
BilSistem Rangkaian Komputer
Saiz Kawasan
Contoh
1.Local Area Network (LAN)Kawasan Kecil (10km)Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2.Metropolitan Area Network (MAN)Kawasan lebih besar (10-50km)Bandar, negeri.
3Wide Area Network (WAN)Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)Seluruh dunia, negara, Internet
Rangkaian Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:

    • Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
    • Komponen-komponen LAN
    • Topologi LAN
    • Kesan dari LAN
A . Jenis-jenis LANTerdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
    1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
    Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX
Kelebihan
Kelemahan
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
    2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
Kelebihan
Kelemahan
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.
B. Komponen-komponen untuk LAN
1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D2. Stasen kerja (Workstation)Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.
  • Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),

  • 10Base (RM 120)
  • Token Ring Card
  • LocalTalk Connector
4. KabelTerdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.
Bil
Jenis Kabel
Keserasian
Ethernet
Token Ring
Arcnet
FDDI
ICoaxialYaTidakYaTidak
IIShieled Twisted Pair (STP)YaYaYaTidak
IIIUnshieled Twisted Pair (UTP)TidakYaYaTidak
IVFiber OpticTidakYaYaYa
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol
Bil
Jenis Kabel
Kecekapan
Kelajuan
Ketahanan
Harga
ICoaxialCepat Lebih BaikSedang
IIShieled Twisted Pair (STP)Lebih cepat BaikRendah
IIIUnshieled Twisted Pair (UTP)Dapat diterima Terpengaruh oleh interferen elektromagnetikTerendah
IVFiber Optic Paling lajuKebal terharap interferen elektromagnetik Tertinggi
Jadual Kecekapan Kabel
    Soket (Connector)
 
Jenis Kabel
Jenis Soket
ICoaxialBNC dan BNC T-Connector 
IIShieled Twisted Pair (STP)RJ-45 
IIIUnshieled Twisted Pair (UTP)RJ-45
IVFiber OpticST Connector, SC Connector

 
    Alat tambahan
    a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan
        wayar ke dalam soket.
       b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)
5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
    Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
    • Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
    • Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
    • Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
    • Mengelola permintaan layanan printer.
    • Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
    • Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX6. Hab(Hub)
        Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways    Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.8. Router
        Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
    • Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
    • Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
    • Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
    • Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
9. Perisian aplikasi    Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.C. Topologi untuk rangkaian jenis LANJenis-jenis Topologi Fizikal
    • Bas (Linear Bus)
    • Bintang (Star)
    • Cincin (Star-wired Ring)
    • Tree
    i. Bas (Linear Bus)
        Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.
Kelebihan
Kelemahan
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
  • Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
  • Murah.
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang .
  • Sukar mengesan kerosakan.
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
  • Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data
    Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
    Terminator: Terminater 50 ohm
    Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
    Protocol: Ethernet , LocalTalk
    ii. Bintang (Star)
        Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.
Kelebihan
Kelemahan
  • Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
  • Tiada perlanggaran (collision) data.
  • Mudah untuk mengesan kerosakan .
  • Mudah dikembangkan.
  • Penggunaan banyak kabel.
  • Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi.
  • Lebih mahal berbanding dengan linear bus.
    Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Twisted- pair, Fiber Optic
    Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
    Protocol: Ethernet , LocalTalk
    Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports ,
             Ethernet Hub 16 ports

    iii. Cincin (Star-wired Ring)
    Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.
Kelebihan
Kelemahan
  • Penghantaran data laju.
  • Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
  • Masa untuk mengakses data optimal.
  • Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data
  • Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar. 
  • Sukar mengesan punca kerosakan.
    Jenis NIC : Token Ring CardKabel: Twisted- pair
    Connector: RJ-45,
    Protocol: Token Ring
    Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat
                    melalui cincin (Ring)
    iv. Tree
    Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas
Kelebihan
Kelemahan
  • Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu
  • Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.
  • Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
  • Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.
  • Sukar dalam configurasi dan pendawaian
    Jenis NIC : Ethernet Card,Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial
    Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
    Protocol: Ethernet
    Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Penutup   
 Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.
    Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini. 

PERISIAN KOMPUTER


"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."



Maksud Computer Software (Perisian Komputer)

(tajuk berkaitan: maksud perisian komputer, maksud computer software, erti perisian komputer, apa itu perisian komputer)

Software (atau "computer program"), dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai perisian (atau "program komputer"), merujuk kepada set arahan yang mengawal aktiviti mesin komputer.

Istilah software digunakan untuk membezakannya dengan komponen hardware (sistem komputer secara amnya terdiri dari komponen hardware, software, data, tatacara dan orang). Hardware merupakan komponen fizikal yang boleh dilihat manakala software merupakan komponen logik yang tidak dapat dilihat secara fizikal.

Perisian komputer dapat diklasifikasikan mengikut kategori seperti berikut:

1) Perisian Sistem Pengendalian (Operating System Software)
Perisian ini berkaitan dengan pengendalian mesin komputer. Bermula dari saat mesin komputer dihidupkan sehinggalah ia dimatikan, perisian ini bertanggungjawab menyelaraskan perjalanan sistem mesin komputer tersebut. (Baca selanjutnya)

2) Perisian Aplikasi
Perisian ini membantu pengguna akhir komputer melaksanakan tugasan penggunaan (application) yang khusus. (Baca selanjutnya)

3) Pembangunan Aplikasi
Perisian ini membantu pembangun perisian menjalankan aktiviti pembangunan perisian seperti rekacipta perisian, penulisan kod perisian, penyemakan kod dan penyahpijat dan lain-lain.



Beza "Software" dan "Program" (Perisian dan Aturcara)

Pada permulaan sejarah komputer, istilah Program (Melayu:Aturcara) digunakan untuk merujuk kepada set arahan yang akan dilaksanakan oleh komputer. Penulis set arahan ini pula dipanggil Programmer (Melayu:Pengaturcara).

Apabila bidang Software Engineering (Melayu:Kejuruteraan Perisian) berkembang, tumpuan System Developer (Melayu:Pembangun Sistem) bukan sahaja tertumpu kepada aturcara tetapi menjangkau kepada data, fail sokongan, dokumentasi sistem dan sebagainya. Satu istilah baru diperlukan untuk mencakupi skop ini.

Institute of Electrical and Electronics Engineers lalu mewartakan perkataan "software" sebagai takrifan yang mewakili:
1) Program
2) Data dan fail sokongan
3) Dokumentasi yang berkaitan

Berdasarkan perkembangan ini, istilah software menjadi "superset" (lebih tinggi) kepada program.

Oleh itu apabila seseorang menyebut perkataan "software" (perisian), secara teknikalnya kita akan faham bahawa ia mewakili tiga juzuk di atas, manakala apabila dia menyebut "program" (aturcara), secara teknikalnya kita akan faham bahawa ia adalah khusus tentang set arahan komputer.

Install 2 Antivirus atau lebih dalam 1 Komputer


"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

Beberapa kali muncul komentar atau pertanyaan tentang bagaimana jika kita menginstall 2 Antivirus atau lebih dalam satu komputer. Sebagian kita mungkin menyimpulkan dengan hal itu komputer akan lebih aman dari virus, dan sebagian yang lain mungkin memberikan pendapat bahwa itu tidak perlu.

Bagaimana sebaiknya ? apakah kita perlu menggunakan 2 antivirus atau lebih dalam satu komputer ? Berikut sedikit ulasan mengenai hal tersebut.
Sebenarnya jika tidak begitu diperlukan, tidak disarankan menginstall 2 Antivirus atau lebih, kecuali mungkin dengan antivirus lokal yang sekedar untuk membersihkan virus saja (scan manual). Dari vendor antivirus sendiri biasanya juga menyarankan untuk menggunakan satu antivirus saja.

Perlu Dipertimbangkan

Jika memang ingin menginstall 2 antivirus atau lebih dalam satu komputer, mungkin harus dipertimbangkan beberapa hal seperti :
  • Spesifikasi Komputer, pastikan CPU dan Memory (RAM) cukup. Boleh melihat keperluan minimal atau yang disarankan dari masing-masing antivirus.
  • Pengguna boleh menangani jika dua-duanya mendeteksi virus. Selengkapnya boleh dibaca bahagian “Bagaimana jika 2 Antivirus sama-sama mendeteksi virus”
  • Kesesuaian antara antivirus satu dan lainnya. Jika antivirus sudah memberikan peringatan tidak boleh atau tidak sesuai dengan antivirus tertentu, maka jangan dipaksakan.
  • Mana yang akan di berikan prioritas yang lebih tinggi.
  • Dan mungkin juga perlu di baca informasi/penjelasan masing-masing antivirus.

Bagaimana jika 2 Antivirus sama-sama mendeteksi virus

Ketika ada 2 antivirus atau lebih dan di install di komputer, hal ini bisa dan sangat mungkin terjadi. Dan kadang hal ini boleh menimbulkan masalah, kerana jika virus terdeteksi biasanya antivirus akan mengunci virus (file) tersebut, sehingga tidak boleh diakses, di jalankan atau bahkan di hapus manual.
Mungkin terjadi ketika antivirus akan menghapus atau memasukkan ke karantina, tidak berhasil/gagal kerana virus tersebut di lock (dikunci) aksesnya oleh antivirus lainnya. Jika ini terjadi, maka bisa salah satu antivirus tidak di aktifkan terlebih dahulu, baru yang lain menghapus atau memasukkan ke karantina. Meskipun boleh saja tidak berhasil dan antivirus masih tetap mengunci file tersebut.

Masih Ingin tetap menginstall 2 Antivirus ?

Jika ingin tetap mempertahankan menginstall 2 antivirus atau lebih, tetapi bimbang akan crash, error, konflik, kerja komputer lambat dan sebagainya, boleh di uji dengan hanya mengaktifkan satu antivirus saja. Maksudnya ?
Tiap antivirus biasanya mempunyai menu yang bekerja aktif memonitor komputer setiap saat, seperti : Active guard, Real time guard, Proactive defense, Resident shield, Resident Protection dan sebagainya. Untuk mencegah konflik dan mengurangi beban komputer maka boleh dilakukan dengan hanya mengaktifkan fitur tersebut untuk satu antivirus saja. Sedangkan antivirus lainnya dimatikan (tidak diaktifkan), jadi hanya dipakai untuk melakukan scan manual jika diperlukan saja.
Atau boleh juga dengan mematikan fitur autorun atau mencegah antivirus otomatis berjalan dengan windows, bisa di diatur melalui program seperti Autoruns. Disana akan terlihat antivirus apa yang berjalan ketika windows start (booting). Tetapi dengan autorun saja kadang tidak cukup, karena antivirus bisa mengaktifkan dirinya melalui service windows ( Bisa dicek di menu Control Panel > Administrative Tools > Services)

Pengalaman juga penting

Ini juga mungkin boleh di jadikan pertimbangan, iaitu pengalaman orang lain yang pernah menginstall 2 antivirus atau lebih dalam satu komputer. Jika teman-teman ada yang pernah menggunakan dua antivirus atau lebih silahkan memberikan masukan/komentar. Entah pernah ada masalah atau tidak, sehingga bioleh saling melengkapi dan menjadi ilmu bagi kita.