"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."
Maksud Computer Software (Perisian Komputer)
(tajuk berkaitan: maksud perisian komputer, maksud computer software, erti perisian komputer, apa itu perisian komputer)
Istilah software digunakan untuk membezakannya dengan komponen hardware (sistem komputer secara amnya terdiri dari komponen hardware, software, data, tatacara dan orang). Hardware merupakan komponen fizikal yang boleh dilihat manakala software merupakan komponen logik yang tidak dapat dilihat secara fizikal.
Perisian komputer dapat diklasifikasikan mengikut kategori seperti berikut:
1) Perisian Sistem Pengendalian (Operating System Software)
Perisian ini berkaitan dengan pengendalian mesin komputer. Bermula dari saat mesin komputer dihidupkan sehinggalah ia dimatikan, perisian ini bertanggungjawab menyelaraskan perjalanan sistem mesin komputer tersebut. (Baca selanjutnya)
2) Perisian Aplikasi
Perisian ini membantu pengguna akhir komputer melaksanakan tugasan penggunaan (application) yang khusus. (Baca selanjutnya)
3) Pembangunan Aplikasi
Perisian ini membantu pembangun perisian menjalankan aktiviti pembangunan perisian seperti rekacipta perisian, penulisan kod perisian, penyemakan kod dan penyahpijat dan lain-lain.
Beza "Software" dan "Program" (Perisian dan Aturcara)
Pada permulaan sejarah komputer, istilah Program (Melayu:Aturcara) digunakan untuk merujuk kepada set arahan yang akan dilaksanakan oleh komputer. Penulis set arahan ini pula dipanggil Programmer (Melayu:Pengaturcara).
Apabila bidang Software Engineering (Melayu:Kejuruteraan Perisian) berkembang, tumpuan System Developer (Melayu:Pembangun Sistem) bukan sahaja tertumpu kepada aturcara tetapi menjangkau kepada data, fail sokongan, dokumentasi sistem dan sebagainya. Satu istilah baru diperlukan untuk mencakupi skop ini.
Institute of Electrical and Electronics Engineers lalu mewartakan perkataan "software" sebagai takrifan yang mewakili:
1) Program
2) Data dan fail sokongan
3) Dokumentasi yang berkaitan
Berdasarkan perkembangan ini, istilah software menjadi "superset" (lebih tinggi) kepada program.
Oleh itu apabila seseorang menyebut perkataan "software" (perisian), secara teknikalnya kita akan faham bahawa ia mewakili tiga juzuk di atas, manakala apabila dia menyebut "program" (aturcara), secara teknikalnya kita akan faham bahawa ia adalah khusus tentang set arahan komputer.


No comments:
Post a Comment