Sunday 25 March 2012

ICT Untuk Pembelajaran Tutorial


Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.  Pembelajaran tutorial ini merangkumi :


  • Pembelajaran ekspositori
  • Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
  • Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh

Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P.  Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System  (Means et. al., 1993) digunakan.  Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan.  Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid.  Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau lebih daripada komponen berikut :




  • Mempersembahkan maklumat
  • Membimbing 
  • Menyediakan/memberi latihan
  • Menilai pencapaian 




Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.  Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996). Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.  Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:




  • mengakibat pembaziran masa dan tenaga
  • menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
  • menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
  • mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu

Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:

  • Ada perisian pendidikan yang sesuai.  Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
  • Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian
  • Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
  • Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki )

Saturday 24 March 2012

Penggunaan ICT Dalam P&P (Part 2)


Risiko adalah satu Peluang, Menghadapinya adalah satu Ketabahan, Mengatasinya adalah satu Kepuasan, Kegagalannya adalah satu Pengornan, Kejayaannya adalah satu Kesyukuran.

ict memudahkan guru-guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran
Apa Syarat Untuk Memanfaatkan ICT Dalam P&P?

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  •  Penggunaan ICT dalam P&P dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. 
  • Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.
  • Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.

Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P?

Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau murid.  Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangkamasa yang munasabah.
Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid gunakan ICT).Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P 
boleh dikategori sebagai:

  • Tutorial
  • Penerokaan (eksploratori)
  • Aplikasi 
  • Komunikasi
Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat 
persembahan dan alat demonstrasi.


 


Friday 23 March 2012

Penggunaan ICT Dalam P&P (Part 1)

'ALLAH tIdak AkaN mEmbebaNi sEseOraNg itU mElaiNkan deNgAn kEsaNggUpAnnYa'  (al -Baqarah;286)





Apa maksud “Penggunaan ICT Dalam P&P?

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Apa manfaat ICT dalam pembelajaran?


Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian

dengan keperluan dalam pembelajaran:

  •  berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran,
  •  Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan,
  •  Meningkatkan motivasi murid,
  •  Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  •  Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
  •  Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu
  •  Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,
  •  Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. 
  •  Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,
  •  Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima, 
  •  Meningkatkan kemahiran ICT