Apa maksud “Penggunaan ICT Dalam P&P?
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.
Apa manfaat ICT dalam pembelajaran?
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
dengan keperluan dalam pembelajaran:
- berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran,
- Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan,
- Meningkatkan motivasi murid,
- Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
- Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
- Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,
- Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
- Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,
- Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima,
- Meningkatkan kemahiran ICT


No comments:
Post a Comment