Wednesday 11 April 2012

Kenali Handphone



Apa itu Handphone ?

Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wayarles. Kebiasaannya sistem wayarles untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada handphone. Sebutan untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam Bahasa Inggeris menyebutnya handphone.

Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.

Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.sebagai alat hiburan music,rakaman video dan
mengakses internet.

Sistem Teknologi 1G

1G merupakan singkatan kepada generasi pertama.Lebih kurang 20 tahun lalu, telefon bimbit bermula dengan sistem secara selular yang hanya berupaya memindahkan suara seseorang pemanggil dari satu telefon ke satu telefon lain.

Era telefon selular bermula pada 1947, apabila penyelidik memerhatikan untuk mencipta telefon kereta. Bagaimanapun tiada teknik yang sepatutnya dapat digunakan ketika itu. Sistem 1G pertama yang dikenal pasti, beroperasi di Amerika Syarikat (AS) iaitu pada 1978 dengan tahap keupayaan 30 kilohertz (kHz), namun dikatakan kurang berkesan dari segi keperluan radio spectrum dan hanya menempatkan beberapa panggilan terhad dalam satu-satu masa.

Manakala NMT 450 atau Nordic Mobile Telephone System yang menggunakan gelombang 450 MHz, adalah sistem saluran telefon selular secara komersial di Eropah sekitar 1981. Diikuti pula United Kingdom yang mula memperkenalkan sistem TACS atau Total Access Communication System.

Sistem Teknologi 2G

2G merupakan singkatan kepada generasi kedua.
Pengenalan sistem 2G adalah secara teknologi digital dan mampu mengawal masuk pelbagai jenis data tanpa batasan.

Teknologi telefon tanpa wayar ini juga, mendapat permintaan meluas oleh kebanyakan bandar besar bagi tujuan profesional kerana mampu membuat banyak panggilan dan kurang pula gangguan ketika panggilan dibuat.
Satu sistem digital 2G paling berjaya ialah rangkaian sistem mudah alih global (GSM), telefon bimbit asas yang dicipta sekitar 1980-an yang kini dikawal selia oleh Institut Standard Telekomunikasi Eropah (ETSI).

Teknologi GSM dibangunkan dengan matlamat menghasilkan satu standard tunggal digital dan diterima oleh kebanyakan negara untuk mewujudkan pasaran pengguna yang besar, sekali gus mengurangkan kos melalui ekonomi berskala.
Manakala perkhidmatan telefon GSM secara komersialnya pula mula beroperasi di Eropah pada pertengahan 1991, atas keupayaannya mencapai tiga frekuensi iaitu 900, 1,800 dan 1,900 MHz.
Kebanyakan telefon GSM boleh didapati dalam bentuk dual-band atau tri-band dan pada masa ini jugalah teknologi Perkhidmatan Radio Paket Am (GPRS) mula diperkenalkan secara meluasnya.

RAHSIA MEMBAIKI JOYSTICK TANPA REPLACEMENT


TEKNIK MENGGANTIKAN LCD


Periksa Model Dan Jenis Handphone Anda

Untuk mengetahui jenis handphone,tahun keluaran dan jenis fail yang digunakan .anda cuma perlu menekan butang *#0000#

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Anda Lakukan ?

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-
*#06# tanpa ruang kosong (star hash kosong enam hash).

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan.

Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. Sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.

Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Adakah Handphone Bahaya Untuk Pengguna ?

KAJIAN TERDAHULU
Mengikut kajian yang sebelum ini dijalankan oleh New England Journal of Medicine dan Persatuan Perubatan Amerika (AMA) tiada terdapat apa-apa bukti kukuh bahawa penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan ketumbuhan dalam otak kepada penggunanya.

Risiko radiasi (RFR) dari penggunaan telefon bimbit sudah diketahui oleh ahli sains sejak pertengahan tahun 1960-an.

Kajian sains sudah lama membuktikan bahawa antenna yang dipakai pada telefon bimbit itu boleh mendeposit atau menyampaikan radiasi (RFR) pada badan manusia, boleh menembusi tisu manusia, apatah lagi menembusi otak manusia yang sudah pasti organ manusia paling lembut dan paling sensitif.

Kajian mempercayai bahawa pancaran elektromagnet dari tiang alat pemancar komunikasi telefon bimbit mungkin boleh menyebabkan :
i) Luekimia ( barah darah putih )
ii) Kanser otak
iii) Sclerosis
iv) Kerosakan pada sel-sel otak (spinal cord )

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut
(a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49
(b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49
(c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45
(d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45
(e) Denso TP 2200 - kadar SAR 1.44
(f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437
(g) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42
(h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41
(i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41
(j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41

Pencegahan Virus Handphone

* Selalu membuat scan virus ke atas handphone
* Tidak memuat turun perisian yang tidak diketahui fungsinya
* Jangan menerima sebarang mesej pelik yang dihantar dan jangan membuka mesej tersebut
* Matikan fungsi Bluetooth atau infrared selepas mengakses sebarang data

Petua Penjagaan Handphone

  • Tidak menggunakan handphone semasa sedang dicas
  • Tidak meletakkan ditempat yang tinggi dan mempunyai risiko untuk jatuh
  • Elakkan dari kanak-kanak bermain seperti barang mainan mereka
  • Elakkan dari terkena air contohnya semasa hujan
  • Tidak berkongsi maklumat dengan kerap dengan handphone lain contohnya melalui penyambungan Bluetooth bagi mengelakkan terkena serangan virus.

Memory Card Corrupted

Mengapa Memory Card boleh Corrupted ?
Terdapat fail-fail sistem yang hilang contohnya terpadam atau diserang virus.Memory Card tidak dapat mengakses sebarang data untuk handphone.Untuk penyelesaian masukkan semula file 'system ' mengikut model handphone.

Apa Itu CLIP?

Calling Line Identification Presentation (CLIP) adalah servis yang membenarkan untuk memaparkan identiti (nombor) pemanggil.

Apa Itu SIM Tool Kit?

Servis pada kad SIM yang membenarkan Operator untuk menawarkan VAS (Value Added Service) kepada pelanggannya, contohnya mengakses mobile banking atau download.

No comments:

Post a Comment